Tuesday 12 June 2012

Tuntut khairat kematian isteri

WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Disember 2011
Tuntut khairat kematian isteri 
ALOR SETAR - Hasrat seorang tukang kasut untuk membuat upah haji bagi arwah isterinya masih belum kesampaian apabila wang khairat kematian isterinya masih belum diterima.
Pesara tentera, Osman Ishak, 63, berkata, arwah isterinya, Che Som Saad yang meninggal dunia Jun lalu tidak menerima khairat kematian berjumlah RM3,000 sebagai isteri kepada pesara tentera.

Menurutnya, dia yang menyertai Persatuan Perajurit setelah bersara sejak sepuluh tahun lalu telah memohon untuk mendapatkan wang khairat itu di pejabat persatuan di Alor Setar.

“Persatuan di sini telah meluluskan permohonan saya namun apabila saya hubungi pejabat di Kuala Lumpur mereka memaklumkan permohonan saya tidak diluluskan.

“Saya membuat permohonan khairat arwah isteri kerana sebelum ini ada yang menyatakan bekas tentera ataupun isteri akan menerima wang khairat sebanyak RM3,000,” katanya.

Osman yang kini bekerja sebagai tukang kasut selepas bersara daripada tentera memperolehi pendapatan tidak menentu iaitu sekitar RM50 hingga RM60 sehari.

Dia berkata, khairiat kematian yang dimohon itu bukanlah untuk kegunaan peribadi tetapi dia ingin membuat upah haji untuk arwah isterinya yang meninggal dunia akibat penyakit strok.

“Pihak yang bertanggungjawab turut memaklumkan hanya bekas anggota polis sahaja yang menerima peruntukan itu apabila saya menghubungi mereka baru-baru ini.

“Saya mohon pihak yang bertanggungjawab berikan penjelasan sama ada peruntukan tersebut disediakan atau tidak kepada bekas tentera atau isteri kami,” katanya.

Osman berkata, dia berasa ralat dengan keadaan yang berlaku yang menyebabkan dia terpaksa menunggu maklum balas yang agak lama.

Dia berkata, penjelasan perlu diberikan pihak berkenaan bagi mengelak perkara yang sama berlaku kepada bekas tentera yang lain.

 

Monday 11 June 2012

I Great Damai








Jalani hidup dengan sempurna adalah mengenai memiliki semua perkara yang diingini. Anda bebas memenuhi matlamat hidup tanpa perlu bimbang tentang masa depan. Anda inginkan peluang untuk merealisasikan matlamat tersebut dan pada masa yang sama masih kekal dilindungi, dari segi kewangan dan perubatan. Memperkenalkan i-Great Damai, pelan Takaful keluarga dari Great Eastern Takaful yang berkaitan pelaburan yang mampu dimiliki, menjadi pelindung anda untuk menghadapi perkara di luar dugaan serta membantu mencapai matlamat dengan minda yang tenang.

i-Great Damai menawarkan kombinasi perlindungan Takaful dan pelaburan, yang melindungi keluarga anda daripada masalah kewangan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Total dan Kekal (TPD). Dengan serendah RM100 sebulan, anda boleh menikmati perlindungan dan pada masa yang sama peruntukan pelaburan anda akan meningkat seiring dengan masa.

i-Great Damai direka atas dasar perlindungan, untuk melindungi anda dan orang tersayang daripada kejadian tak diduga. Sekiranya berlaku kematian, jumlah perlindungan asas dari Dana Tabarru’2 dan jumlah nilai dana unit dari PUA (jika ada), akan dibayar sepenuhnya, untuk mengurangkan beban orang tersayang.Sekiranya anda mengalami Hilang Upaya Total dan Kekal (TPD) sebelum umur 70, anda tidak perlu gusar kerana anda akan menerima perlindungan kewangan mengikut peruntukan TPD sebagaimana di dalam sijil.

Pelan i-Great Damai 

1) i-Medik Rider

Melindungi kesihatan dan keperluan perubatan anda dengan perlindungan perubatan komprehensif seperti rawatan sebelum dan selepas kemasukan hospital, perbelanjaan pembedahan dan rawatan pesakit luar. 
  • Medikal kad had limit tahunan bermula dari 480K sehingga 1.6 juta (yang tertinggi di pasaran). Perlindungan kematian sehingga umur 99 tahun.
  • Ko-insuran cuma 10% sehingga maksimum RM500 sahaja (lebih murah dan rendah dari kebanyakan produk di pasaran)
  • Jumlah limit tahuanan medical card akan bertambah 10% setiap 3 tahun jikalau tiada sebarang claim dilakukan. Contoh: Jumlah limit tahunan medical card ialah RM60,000. Maka, selepas 3 tahun ia akan bertambah menjadi RM66,000.00
2) i-Critical Illness Benefit Rider
Sekiranya anda menghidapi satu daripada 36 penyakit kritikal, jumlah perlindungan bagi rider ini akan dibayar.

3) i-Hospitalisation Benefits Rider
Sekiranya anda perlu diwadkan di hospital akibat sakit atau kecederaan kemalangan, anda akan menikmati manfaat tunai harian bagi setiap hari kemasukan di wad normal, atau dua kali ganda manfaat tunai harian bagi kemasukan ke Unit Rawatan Rapi.

  • Elaun hospital bermula RM100 sehari sehingga RM500 sehari.
4) i-EPCC
Early payout critical cover sebanyak 25% dari jumlah sum assured. Contoh, jumlah sum assured ialah RM50,000. Apabila pemegang polisi menghidap kanser stage 1, 25% dari RM50,000 iaitu sebanyak RM12,500 akan diberi kepada pemegang polisi (yang pertama di Malaysia mempunyai pakej seperti ini. Kebanyakan produk takaful yang lain hanya akan memberi wang pampasan pada kanser stage 3 sahaja).

5) i-Provider Plus Rider
Semua caruman masa depan yang perlu dibayar di bawah sijil akan dibayar dari Dana Tabarru’ sekiranya berlaku penyakit kritikal atau hilang upaya.
 
6) Perlindungan kad kesihatan sehingga umur 80 tahun.

7) Perlindungan tambahan RM2,000 untuk khairat kematian bagi setiap polisi.

i-Medik Rider Plan